Sunday, December 6, 2009

Kenapa tak diambil saja fakta yang benar? Kenapa masih lagi nak main wayang? Kenapa masih lagi nak memperkotak-katikkan persatuan belia? Inilah satu-satunya wadah untuk golongan belia bergerak dan beraktiviti mengikut acuan mereka sendiri.

Persatuan belialah yang mampu melahirkan pemimpin. Ini kerana seseorang pemimpin tidak akan lengkap sekiranya dia tidak melalui pengalaman menguruskan persatuan mereka sendiri.

Apa peranan persatuan belia? untuk bersuka-suka? untuk glamour? Kalau benar semua ini kenapa masih ramai belia yang tak mahu melibatkan diri dalam persatuan belia.. Sudah tak releven kah persatuan belia kepada anak-anak muda hari ini... pernah atau tidak kita terfikir kenapa mereka menyampah dan merasa bahawa berpersatuan tidak mampu mewakili suara memperjuangkan hak dan suara mereka...

Pada hakikatnya hari ini, terlampau banyak kerenah yang berlaku dalam belia.. pengarah belia yang sibuk mencaturkan ahli jawatankuasa persatuan belia negeri, pegawai belia daerah pun sama bersekongkol dengan puak yang berkepentingan sama dengannya. Berpolitik? Kalau nak berpolitik jangan jadi pengarah belia.. jadi ketua bahagian.. Kononnya nak menjaga hubungan baik dengan orang atasan; untuk apa tu? bukan untuk menjaga kedudukan sendiri? Hello... bukan kita tak tahu lah...

1 comments:

Anonymous said...

puan ni orang puteri umno ke? :)

Post a Comment

 

my side of the story © 2008. Design By: SkinCorner